berita

Duit RM250 Ribu Dikaitkan Wang Haram & Wanita Misteri, Ini Respon Syed Saddiq

March 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis apabila wang berjumlah RM250 ribu hilang dari kediamannya di Petaling Jaya. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan bagaimana wang sebanyak itu boleh dimiliki bekas menteri ini. Syed Saddiq kemudiannya menjawab persoalan tersebut menerusi pos laman sosialnya.

Untuk tujuan ubah suai rumah

Menurut Syed Saddiq, dia dan keluarga tiada sebab untuk menyembunyikan sumber duit berkenaan, malahan sudah membuat laporan mengenai kehilangannya. Tambahnya, jumlah RM250 ribu itu bukan miliknya seorang namun pemilikan bersama kedua ibu bapa.

Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang. Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it?

Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa.

Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya. Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi. Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi.

Tak kompromi isu integriti

Terang Syed Saddiq, dia sudah mengarahkan pegawainya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memfitnah dan mengaitkan duit berkenaan sebagai duit haram.

Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan duit haram atau wanita yang dikatakan bersama saya. Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM. Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.