Foto: NDTV
Pandemik Covid-19 sememangnya telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Baru-baru ini kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan gelombang Covid-19 yang semakin kritikal.
Perlaksanaan PKPB ini memberi kesan yang amat besar sehingga menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan. Dalam situasi sebegini, orang ramai sentiasa diingatkan untuk lebih berjimat-cermat dan mengamalkan cara pengurusan wang yang baik.
Seorang individu, Ikmal Nordin telah berkongsi beberapa tips pengurusan wang pada waktu pandemik di Twitternya baru-baru ini.
Betulkan aliran duit
#1: Betulkan aliran duit
Pastikan belanja kita mengalir macam ni;income->saving->belanja tetap->belanja lain->belanja suka2.Saving WAJIB keluar masa dapat gaji. Jangan tunggu dah hujung bulan baru nak saving. Kalau buat mcmtu memang susah nak ada saving. pic.twitter.com/Uu8AqBMM9v
— ikmalnordin (@ikmalnordin2) June 2, 2020
Pastikan belanja anda mengalir dengan cantik dan wajib simpan sebaik sahaja dapat gaji. Jika tidak, susah untuk menyimpan kerana kemungkinan duit gaji itu akan dibelanjakan ke tempat yang lain.
Ikut ‘Rule of 30’
#2: Ikut 'rule of 30'
Belanja tetap (rumah, kereta) yang paling membunuh. Ini dipanggil fixed commitments.Rule of 30 maksudnya bayaran rumah(yg kita beli) + kereta jgn lebih daripada 30% gaji. Lebih daripada 30%, possibility sesak nafas tu tinggi. pic.twitter.com/M49kC9w7a7
— ikmalnordin (@ikmalnordin2) June 2, 2020
Rule of 30 bermaksud bayaran rumah dan kereta jangan lebih dari 30% gaji kerana jika lebih daripada 30%, sudah tentu anda akan menghadapi kesempitan wang.
Asingkan perbelanjaan
#3: Buat sampul utk belanja lain2
Lepas tolak saving, belanja tetap, ada belanja2 lain yg perlu tapi berubah2 mcm makan, minyak, dll.
Paling bagus bila dapat gaji kita letak siap2 dalam sampul berbeza. Bila nak pakai kita ambil sampul tu dan keluarkan. pic.twitter.com/HnvU4sPVxf
— ikmalnordin (@ikmalnordin2) June 2, 2020
Sebaik sahaja terima gaji bulanan anda, dinasihatkan supaya asingkan di dalam sampul yang berbeza supaya lebih teratur perbelanjaan anda.
Belanja untuk diri
#4: Belanja suka2
Bila kita buat step 1-3, baru kita tahu berapa sebenarnya kita ada utk belanja lebihan mcm sport rim, game dan benda2 yg tak perlu.
Saya selalu hari pertama dapat gaji, tolak2 dan tengok tinggal sikit je. Tu tak apa, sbb semua komitmen penting kita dah settle.
— ikmalnordin (@ikmalnordin2) June 2, 2020
Selepas selesai langkah 1-3, belanja lebihan duit itu untuk diri anda supaya mental anda sentiasa kuat untuk terus bekerja.
Rekodkan perbelanjaan
#5: Rekod, rekod dan rekod
Orang selalu cakap 'tak tahu duit pergi mana'.
Tak tahu sebab tak tulis. Jadi taknak stres kena rekod. Saya cadangkan pakai app mcm expense manager, kita tahu duit habis ke mana.
Bila tahu habis ke mana kita tgk balik, mana blh potong mana blh tukar. pic.twitter.com/HAa6QMAqEf
— ikmalnordin (@ikmalnordin2) June 2, 2020
Anda akan gagal mengesan kemana hilangnya duit anda jika tidak merekod perbelanjaan harian mahupun bulanan. Dengan merekod perbelanjaan, anda boleh memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
Sama-sama kita beringat untuk mengawal perbelanjaan lebih-lebih lagi dalam waktu yang sukar ini. Selamat mencuba!
Sumber: Ikmal Nordin.