berita

Dulu Artis Popular, Kini Instafamous Pula Promosi Suplemen Untuk Bayi

June 29th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini seorang artis popular dikecam kerana mempromosikan suplemen kolagen yang didakwa boleh menyembuhkan eczema untuk bayi. Isu berkenaan kian reda apabila artis terbabit memohon maaf dan meminta diberi ruang untuk menyiasat perkara berkenaan lebih lanjut.

Terbaru, seorang personaliti media sosial pula mempromosikan produk yang lebih kurang sama di Instagramnya.

Promosi di IG

Instafamous yang mempunyai lebih sejuta pengikut itu mempromosikan produk suplemen dipercayai diasaskannya menerusi laman sosial Instagram.

Antara lain, dakwa individu ini, produk berkenaan boleh diambil oleh ibu mengandung, wanita berpantang, anak dara, anak teruna, ibu dan bapa. Turut didakwa boleh memakan produk itu adalah kanak-kanak dan wanita dengan ketumbuhan cyst.

Pernah didedahkan page Facebook

Perkara itu telah diutarakan oleh satu page Facebook yang aktif membongkar produk kesihatan yang membahayakan iaitu Khairul Yoi. Menurut page berkenaan, individu itu sebelum ini pernah memaklumkan dia mendapatkan suntikan pemutihan dan rawatan wajah namun akhirnya mendakwa menggunakan produk sendiri untuk putih.

Malahan cara pemasaran mendakwa kanak-kanak boleh menggunakan produk itu selain wanita dengan cyst juga adalah sukar dipercayai.

Nanti muka barai kita edar derma kilat

Page itu juga mengingatkan kepada pengguna untuk tidak mudah tertipu dengan kerana produk sedemikian berisiko tinggi untuk memberi kesan negatif kepada wajah dan badan secara umumnya.

Sumber: Naomi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×