Pada 15 Disember lalu, penyampai radio Fizi Ali berkongsi berita duka apabila dia dan pelakon Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun bersama.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Artikel Berkaitan: ‘Lets Move On, Allah Ada Jaga Mimi & Ameena’ – Shakilla Khoriri
Kenangan tetap bersamamu
Terbaru, Fizi ada memuat naik sekeping foto bersendirian duduk di atas batu di persisiran pantai yang terletak di Mersing, Johor.
Menerusi Instagramnya, Fizi, 32, menulis kapsyen yang mendalam iaitu;
Waktu mungkin berlalu, kenangan tetap bersamamu..
Hasil pemerhatian OhBulan!, pada November lalu, Fizi, Shakilla dan anak mereka Ameena Sofia pernah datang ke tempat sama dan bergambar bertiga. Malah, foto yang memaparkan kegembiraan bersama masih ada di Instagram Shakilla, 32.
Rata-rata warganet perasan dengan persamaan tersebut lantas meninggalkan komen dengan mendoakan agar Fizi dan Shakilla terus kuat menghadapi dugaan.
@snow_white_wawa: Dulu gambar bertiga kat atas batu tu. Ada Mimi dan Ameena.
@bawang.prudential: Allah tahu apa yang terbaik untuk korang berdua. Insya-Allah yang baik-baik sahaja akan menyusul lepas ini buat kalian.
@qursyilaiman: Hidup diteruskan dalam berjuta kenangan indah.
Badan dah susut
Selain daripada itu, ada juga dalam kalangan pengikut yang sedar dengan perubahan tubuh badan pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin yang jelas susut dari sebelum ini.
@watie_zura82: Auto kurus bila diuji sebegini. Saya dah laluinya.
@hasrulez_fazrieqin: Kurus kau.. Allahu. Aku doakan kau kuat hadapi takdir Allah ini. Jaga diri.
@ereni71: Kurusnya Fizi.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @fiziali_