Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie dilihat jarang memuat naik foto bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di media sosial. Berikutan daripada itu, timbul persoalan dalam kalangan netizen berhubung status hubungan pasangan tersebut.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Finally, You Are Half Mine’ – Zarina Anjoulie & Elzey Sudah Bertunang?
Saya belanja satu
Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju telah memuat naik foto bersama tunangnya di Instagram. Menurut Anju, dia tidak mahu kerap memuat naik foto bersama kerana ramai yang mengadu dan meluat melihat kebahagiaan mereka.
Ramai tanya asal Anju tak post pasal tunang. Mana dia. Ada je. Ye la dulu Anju asyik post ramai complaint kata meluat. Bila tak post tanya pula. Nah saya belanja 1.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata Anju kelihatan semakin cantik dan bahagia bersama pasangannya. Tambah netizen, kecantikan seseorang wanita akan lebih kelihatan sekiranya mereka menemui pasangan yang tepat.
Sumber: Zarina Anjoulie