Kalau sudah jatuh cinta, semuanya indah. Tapi, bila orang yang kita cintai itu berlalu pergi, pastinya sukar untuk melupakannya dengan sekelip mata. Lebih parah lagi, diri sendiri yang merana jika tidak bijak mengawal emosi.
Begitulah yang dilalui oleh seorang ahli bina badan yang mengalami kemurungan sehingga meninggal dunia angkara putus cinta.
Nak angkat plastik sampah pun tak berdaya
Menurut laporan Mirror, Saman-Jon Sahmsaee telah mengalami kemurungan selama bertahun-tahun sejak putus cinta pada tahun 2012. Kemurungan yang dialami semakin hari semakin teruk itu menyebabkan lutut kakinya patah sehingga tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan dan terpaksa menggunakan tongkat.
Ibunya, Debbie Heshmatpasand berkata, keadaan Saman semakin hari semakin lemah sehingga tidak mampu untuk mengangkat plastik sampah. Menurut ibunya lagi, Saman merupakan seorang yang obses dengan aktiviti kecergasan dan mengambil steroid bagi membantu fizikalnya sebagai ahli bina badan.
Mati atas sofa
Melalui perkongsian oleh ibunya lagi, semenjak anaknya itu mengalami kemurungan, Saman tidak lagi pergi ke gym. Lebih teruk lagi, anaknya itu mengambil dadah untuk melawan kesakitan serta mengalami masalah mental yang semakin teruk.
Tekanan yang dilalui hari demi hari menyebabkan Saman mula minum minuman keras dan ketagih dengan ubat tahan sakit serta menggunakan Tramadol.
Mayat Saman ditemui oleh ibunya sendiri di atas sofa kediaman mereka di Arram, Beverley, Yorkshire, England pada 28 September tahun lalu.
Sumber: Mirror