berita

Dulu Sesak, Kini Sepi… Ini Keadaan Pekan Dannok Yang Pernah Dikunjungi Rakyat Malaysia

January 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Dannok, Thailand merupakan salah satu daerah yang padat dan sibuk dengan kemasukan pelancong dari Malaysia. Tidak dinafikan, setiap hujung minggu atau cuti am akan dibanjiri dengan kunjungan rakyat Malaysia untuk bercuti ke Thailand. Mereka turut memasuki menggunakan jalan darat iaitu sempadan negara Bukit Kayu Hitam – Dannok.

Sejak dunia dijangkiti virus Covid-19, kesemua negara mengambil keputusan untuk menutup pintu sempadan bagi mengekang penularan wabak itu termasuk Thailand dan Malaysia. Dannok yang dahulunya sesak, kini bagaikan ‘kota berhantu’. Sunyi sepi…

Kes positif di negara Asia Tenggara

Kes jangkitan dan kematian disebabkan penularan Covid-19 dilihat semakin meningkat ke beberapa buah negara terutamanya di Asia Tenggara. Jumlah keseluruhan kes aktif di Asia Tenggara setakat hari ini melebihi 178,893 kes dengan melibatkan 10 buah negara.

Malaysia di carta keempat dengan merekodkan jumlah kes sebanyak 125,438 manakala Thailand di tangga keenam dengan kadar jumlah kes hanya 9,331 sehingga 6 Januari 2021.

Pintu sempadan ditutup

Kredit foto: Dannok Times

Memetik laporan Bangkok Post, Supritenden Pornpipat Benyasri melaporkan pintu sempadan negara Thai-Malaysia itu ditutup susulan terdapat beberapa pengawai yang dijangkiti Covid-19. Pintu sempadan itu tidak dibuka lagi sehingga kerajaan memberi arahan lanjut.

Tidak dinafikan, segala aktiviti melibatkan sektor pelancongan di negara itu juga terkesan tanpa menerima kunjungan dari pelancong Malaysia khususnya. Terdapat juga beberapa kedai terpaksa gulung tikar apabila perniagaan tidak mendapat sambutan.

Kosong dan sepi…

Kredit foto: Dannok Times

Kredit foto: Dannok Times

Kredit foto: Dannok Times

Kredit foto: Dannok Times

Sumber: Dannok Times, The Asean Post, Bangkok Post

SKIP THIS AD ×