berita

Dunia Hiburan Penuh Glamor? Seindah Kasih Angkat Kisah Kehidupan Sebenar Pengamal Media

April 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Menggalas tanggungjawab sebagai orang yang menyampaikan berita dan menyediakan kandungan hiburan kepada khalayak ramai bukanlah satu tugas yang mudah. Mencari sumber yang sahih dan menghasilkan idea yang kreatif adalah sebahagian daripada tugas seorang pengamal media. Namun, dunia pengamal media tidaklah seindah dan glamor yang disangka.

Artikel berkaitan: Seindah Kasih The Movie Bakal Menemui Anda 12 April Ini!

Artikel berkaitan: Lagu ‘Seindah Kasih’ Hasil Gabungan Dua Penyanyi Berbeza Genre

Konflik 6 orang pengamal media

 

Begitulah yang dipaparkan menerusi filem original Tonton terbaharu berjudul Seindah Kasih yang merupakan sebuah naskhah gabungan dua pengarah hebat iaitu Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain.

Memilih genre komedi romantik, Seindah Kasih bakal mengisahkan cabaran sebenar yang dilalui oleh enam kakitangan pengamal media daripada bahagian kerja yang berbeza yang pastinya membawa penonton hanyut dengan pelbagai emosi di dalamnya.

Krisis bermula apabila Nazmi lakonan Syafiq Kyle, seorang wartawan akhbar, mengutarakan rasa tidak puas hati terhadap Alia lakonan Mimi Lana iaitu pekerja yang bertugas di bahagian digital.

Salah faham dan perbalahan antara mereka tercetus selepas tindakan Alia yang mengadaptasi laporan Nazmi ke laman sosial TikTok tanpa memberi sumber mahupun kredit kepadanya.

Sementara itu, di bahagian unit TV, Sharifah lakonan Siti Saleha yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit mempunyai satu sikap yang kurang disenangi iaitu sering bergantung kepada pembantunya, Nina lakonan Shasha Abedul.

Manakala di bahagian konti radio pula, satu kekecohan telah berlaku di antara Jamal lakonan Anas Ridzuan yang merupakan seorang penyampai radio bersama rakannya, Khairul lakonan Luqman Hafidz. Bertambah buruk, pergaduhan berlaku ketika mereka berdua sedang mengedalikan sebuah segmen yang sedang ke udara.

Mampukah setiap watak dalam nashkah Seindah Kasih ini menemui jalan penyelesaian selepas beberapa kemelut yang berlaku?

Walaupun pelbagai cabaran yang harus dihadapi, namun Seindah Kasih turut memaparkan nilai murni untuk dipelajari. Sekali gus menjadikan filem ini sesuai untuk hiburan seisi keluarga.

Saksikan Seindah Kasih eksklusif di Tonton secara percuma bermula 12 April.

Muat turun juga aplikasi Tonton di Apple Store dan Google Play. Jika inginkan kandungan yang lebih eksklusif dan premium, langgani TontonUp dengan hanya RM9.90 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Tonton atau ikuti mereka di Instagram.

SKIP THIS AD ×