berita

Duta Aura White: Amyra Rosli Sah Ganti Hanez Suraya

May 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

amyra

Kalau anda masih ingat, sebelum ini pernah timbul desas-desus bahawa nama pelakon Hanez Suraya telah digugurkan sebagai duta Aura White dek kerana kontroversi percintaannya dengan suami orang.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut nyata tidak benar apabila pihak Aura White sendiri menjelaskan bahawa Hanez sendiri telah menarik diri tanpa mahu memperbaharuinya kontraknya.

Sejak itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang bakal menggantikan Hanez sebagai duta produk tersebut.

Amyra

Semalam, segala desas-desus telah terjawab. Akhirnya, pelakon jelita, Amyra Rosli telah dipilih sebagai duta baru produk Aura White menggantikan Hanez Suraya.

Melalui laman sosial Instagram miliknya, Amyra telah memuat naik sebuah foto yang jelas menunjukkan dirinya kini merupakan duta baru produk kecantikan itu.

Nampaknya, rezeki Amyra semakin mencurah-curah sekarang. Kami doakan yang terbaik buat Amyra dan semoga tugasnya sebagai duta akan berjalan dengan lancar.

Maklum sajalah, jadi duta produk ini bukan perkara mudah. Apapun, jom lihat dulu foto-foto Amyra yang manis ini.

 

SKIP THIS AD ×