berita

E-Curve Tamatkan Operasi Pada 31 Mac Ini?

February 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, tidak dinafikan banyak premis perniagaan terpaksa menamatkan operasi kerana tidak mampu untuk menanggung kos. Begitu juga situasi yang dihadapi oleh pengurusan pusat membeli-belah terkenal di Damansara iaitu E-Curve.

Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall, mendakwa pusat membeli-belah itu bakal menamatkan operasi pada 31 Mac ini dan bakal menjenamakan semula mall itu?

Bakal tamatkan operasi?

Difahamkan, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan.

Maklumat diberikan dari penyewa pusat membeli-belah. Agak terkejut selepas menerima notis secara lisan dari pihak pengurusan E-Curve. Dimana pusat membeli-belah ini bakal menamatkan operasi pada 31 Mac. Kepada mana-mana rakan atau pembeli boleh kunjungi pusat membeli-belah yang lain seperti Sunway Giza, Scott Garden, Setia Walk, Trec KL dan kawasan berdekatan.

Tunggu pembukaan dan penjenamaan semula pusat membeli-belah ini tidak lama lagi.

Tinggal kenangan

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak selepas mendengar khabar mengenai penutupan pusat membeli-belah itu tidak lama lagi. Malah, mereka turut berkongsikan pengalaman ketika pernah melewati E-Curve suatu ketika dulu. Terlalu banyak kenangan yang dikongsikan termasuklah penonton wayang, menikmati makanan di sana, menyaksikan live band dan sebagainya.

Harap pusat membeli-belah ini akan dibuka semula dengan penjenamaan yang lebih fresh!

Sumber: Malaysia Shopping Mall

SKIP THIS AD ×