Pendakwah bebas, Ebit Lew berjaya memperoleh perintah injuksi interim (sementara) dari pihak mahkamah terhadap penyanyi rap, Caprice dan juga wanita kelahiran Indonesia, Mondy Tattoo daripada mengeluarkan sebarang kata-kata yang boleh menjatuhkan reputasinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mondy Tatto Dakwa Tangan Dipegang, Pipi Disentuh & Hampir Dicium – ‘Dia Minta Saya Berlakon Solat’
Video diarah padam serta merta
Memetik laporan Free Malaysia Today, perintah yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober lalu itu juga memerintahkan Caprice untuk memadam video yang dimuat naik mereka di platform YouTube dan juga Instagram (IG).
Menurut peguam kepada Ebit, Datuk Akberdin Abdul Kadir kesemua video tersebut perlu dipadam Caprice serta pihak yang berkaitan dalam tempoh 24 jam selepas perintah injuksi itu dikeluarkan.
Kami telah menyerahkan perintah itu kepada defendan hari ini, dan mereka mempunyai 24 jam untuk mematuhi injunksi ex-parte (sebelah pihak) itu.
Jika tidak dicabar, perintah itu akan berkuat kuasa sehingga kes ini diselesaikan.
Sementara itu, Ebit dalam pernyataan tuntutannya memaklumkan bahawa kedua-dua defendan bertanggungjawab menyiarkan hantaran video yang telah merosakkan nama baiknya dengan mengatakan seolah-olah dirinya merupakan seorang penjenayah dan tidak bermoral.
Ebit juga menuntut Caprice dan Mondy untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat melalui platform di media sosial serta menuntut ganti rugi yang dilihat sesuai oleh pihak mahkamah.
Terdahulu, tularnya kenyataan Mondy Tattoo atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual terhadap Ebit ketika menjadi tetamu undangan bagi sesi podcast bersama Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.
Susulan itu, Ebit kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 29 Sept lalu.
Sumber: MalaysiaGazette