berita

Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Terkandas Pulang

October 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pendakwah bebas iaitu Ebit Lew menerusi laman Instagramnya memuat naik video menyaksikan sekumpulan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dihantar pulang menaiki bas yang disewa olehnya. Setakat ini, sebuah bas telah disewanya untuk menghantar pelajar dari UPSI pulang ke rumah masing-masing di Pantai Timur.

Artikel berkaitan: Pelajar Geram Memo ‘Last Minute’ Tangguh Pendaftaran, Ini Kata Menteri Pengajian Tinggi

Difahamkan, perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma buat mereka yang terkandas di universiti.

Tolong sewakan bas

https://www.instagram.com/p/CF4eoa_l_hV/

Selain menyediakan perkhidmatan bas dihantar pulang secara percuma kepada pelajar-pelajar, Ebit Lew juga kelihatan menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka sebagai duit belanja. Dia bersimpati dengan nasib pelajar tersebut yang telah datang jauh dari kampung halaman dan terpaksa pulang disebabkan notis saat-saat akhir dikeluarkan pihak berkuasa.

Banyak pelajar yang DM saya

Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang DM saya. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI. Ramai lagi InsyaAllah saya akan aturkan dari UiTM, UTHM, UPSI dan banyak lagi. Yelah, keadaan semasa negara Covid-19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik.

Difahamkan, Ebit Lew akan membantu ramai lagi pelajar yang terkandas di universiti. Bantuan tersebut akan dihulurkan kepada pelajar-pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan banyak lagi.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×