Pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew telah kehilangan ayah tersayang pada 13 Julai lalu akibat menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Kehilangan ayah tersayang pastinya memberi kesan kepada Ebit Lew dan keluarga.
Artikel berkaitan: Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia
Pendakwah bebas itu menerusi posting di laman Instagram berkongsi menerima surat titah ucapan takziah daripada Tuanku KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong As-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Teringat bapak dan mak sangat
Disaat teramat rindukan bapak dan mak sangat dapat surat titah takziah. Patik Menjunjung kasih Tuanku KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong As-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMarhum Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa. Daulat Tuanku Semoga Allah angkat Covid dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insyaAllah.
Terima kasih semua yang ucap takziah dan selalu mendoakan ye.. Allah sahaja yang membalasnya.
Ebit Lew mengakui masih merindui ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia. Dia juga tidak sangka akan menerima surat salam takziah daripada Yang diPertuan Agong dan Baginda Permaisuri. Ebit Lew turut berkongsi inti pati surat tersebut di mana Tuanku Baginda Agong menzahirkan doa dan semangat buatnya.
Terima surat titah takziah
View this post on Instagram
Sumber: Ebit Lew