berita

EDM : Dash Berlin Turun Malaysia Sempena Japan Super GT Racing

May 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Dash Berlin World Tour

Khas buat para peminat Electronic Dance Music (EDM), selepas kali terakhir turun ke Malaysia pada bulan April tahun lepas, Dash Berlin sekali lagi akan datang sempena perlumbaan kereta berprestij , Japan Super GT Racing yang akan berlangsung di litar Sepang pada 15 Jun ini.

Dianjurkan oleh Global Sound Masters (GSM), dj kelahiran Belanda ini akan turut mempromosikan albumnya, #MusicIsLife yang kini sedang hangat dimainkan oleh dj-dj trance diseluruh dunia. Antara lagu-lagunya yang sedang popular sekarang termasuklah Fool For Life (ft. Chris Madin), Like Spinning Plates (ft. Emma Hewitt) dan juga Silence In Your Heart (ft.Chris Madin).

Screen Shot 2013-05-14 at 11.50.49 AM

Kehadiran dj bertaraf antarabangsa ini juga akan dimeriahkan lagi dengan penampilan kedua Lisa Lashes dan juga pertama bagi Beat Service di Malaysia.

Kami pasti anda semua masih belum boleh melupakan keseronokan sebelum ini dimana Armin Van Buuren turun dengan gig-nya, A State Of Trance 600 (ASOT600). Tetapi, sebagai 3 orang dj yang pernah berkongsi konsol dan pentas bersama Armin Van Buuren, boleh dikatakan penampilan mereka ini umpama persembahan ASOT mini.

Namun bagi anda yang dahagakan bakat serta dj dari Asia, tidak perlu risau, Altuna dari Indonesia akan turut membantu serta sebuah lagi persembahan yang kami rasa anda sudah lama nantikan iaitu persembahan back-to-back dj dari Malaysia, Mister Ariffin dan Adham Nasri. Ketiga-tiga dj dari Asia ini bukanlah satu nama yang asing dalam industri EDM masing-masing dan kami pasti penampilan mereka akan memikat hati anda.

Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, anda boleh dapatkannya pada harga RM93 (pre-sale) dan RM4,500 (cabana with 15 entry tix). Para pemegang tiket Dash Berlin #musicislife World Tour 2013 juga layak untuk menonton perlumbaan Japan Super GT Racing di litar Sepang pada 15 & 16 Jun.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, anda boleh layari Redtix AirAsia, laman Facebook rasmi Dash Berlin #musicislife World Tour 2013 dan juga laman rasmi Global Sound Masters (GSM).

Mari dengar lagu terbaru Dash Berlin berjudul Fool For Life selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×