Telatah pelakon Shukri Yahaya dan sahabat baiknya, Sharnaaz Ahmad sering mencuri perhatian netizen. Sebelum ini video live mereka berdua menarik perhatian ramai apabila Shukri Yahaya dengan bersahaja berseloroh mengenai perkahwinan Nabila.
Artikel berkaitan: ‘Takut Nabila Tak Bagi Aku Jumpa Jebat’ – Sharnaaz ‘Warning’ Shukri Yahya Jangan Sebut Pasal Belon Lagi
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Satgi Aku Bawa Hang Naik Belon Panas, Tapi Hang Peluk Aku Dak?’
Terbaru, Shukri Yahaya dilihat ‘bergurau’ kasar dengan Sharnaaz selepas sahabat baiknya itu memberikan komen mengenai foto dirinya dan isteri semasa melakukan aktiviti ‘wall climbing’ baru-baru ini.
Nak anak cakap
Di Instagram Story, isteri kepada Shukri Yahaya telah memuat naik foto di mana dia dan suami sedang melakukan aktiviti wall climbing. Menurut Tya, aktiviti tersebut merupakan aktiviti sukan yang pertama mereka lakukan bersama. Tambah Tya, mereka ingin mencuba sesuatu yang baru memandangkan hasrat untuk pergi bercuti masih tidak boleh.
Berikutan posting ‘mesra’ tersebut, Sharnaaz sempat bergurau mengenai zuriat.
‘nak anak nombor 3 cakap direct ja mat’.
Perkara tersebut bukan sahaja berjaya mencuri perhatian netizen bahkan mendapat respon daripada Shukri Yahaya sendiri.
Kau bujang mana tahu apa
Shukri Yahaya secara berseloroh juga turut membalas komen Sharnaaz dan meminta sahabat baiknya itu untuk diam. Sebelum ini, Shukri Yahaya dan Sharnaaz turut bergurau di IG Live mengenai hasrat mereka untuk menaiki belon udara panas. Isu tersebut ternyata mendapat perhatian ramai selepas netizen mendakwa mereka berdua tidak menghormati perasaan orang lain.
Sumber: Shukri Yahya & Sharnaaz Ahmad