Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerusi Instagramnya meluahkan pendapat mengenai pembayaran yuran kelas online yang tidak seharusnya dibayar penuh. Perkara itu adalah kerana pelajar tidak perlu menghadirkan diri ke kelas seperti sebelum ini. Tambahnya lagi, seharusnya pembayaran yuran kelas online perlu dikurangkan kerana pelajar-pelajar tidak menggunakan fasiliti dan kemudahan di sekolah.
Artikel berkaitan: ‘Kenapa Nak Kena Bayar Full?’ – Nabila Huda Persoal Pembayaran Yuran Kelas Online
Bagaimanapun, pandangan Nabila itu telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang mendakwa Nabila ‘membenci’ guru. Terbaru, pelakon itu menjelaskan sekali lagi pandangan peribadinya kepada umum.
Nak kena bayar cikgu…
Nabila Huda mengambil kesempatan tersebut menjelaskan bahawa rata-rata pengikut sudah salah faham dengan kenyataan yang pernah dibuatnya sebelum ini berhubung yuran pembayaran sekolah. Katanya, kebanyakan sekolah mengeluarkan bil yuran yang perlu dibayar ibu bapa termasuk bil fasiliti sekolah, elektrik dan juga pembayaran kepada guru.
Apa ni sampai isu aku benci cikgu? Apa ni? Nak cakap pasal aku tak fikir perasaan cikgu ke? eh, apa benda ni? Aku punya statement yang mengatakan aku minta dikurangkan yuran sekolah. Faham tak? Kenapa aku beritahu kat semua orang, sebab terjadi bukan dekat diri aku saja tapi terjadi dekat semua parents. Aku tak against pun class online ni. Sebab kita kan sekarang ni norma baharu. Maksud aku, kenapa tak boleh tolak ansur, maybe ada percentage sikit. Tak ada beban… sebab kita online class. Most of the sekolah mesti keluarkan bil, nak kena bayar fasiliti, elektrik, nak kena bayar cikgu. Itu ayat dia…
Bukan tak boleh bayar isunya tapi…
View this post on Instagram
Nabila Huda bengang apabila ada segelintir pengikutnya yang mempersoalkan dia menghantar Keisha ke sekolah swasta berbanding ke sekolah kerajaan. Tambahnya lagi, masalah pembelajaran ini bukan hanya dilalui oleh pelajar di sekolah swasta, malah, masalah yang sama berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah kerajaan dan universiti.
Lepas tu korang cakap, kenapa tak hantar anak ke sekolah private kenapa tak sekolah kerajaan. Eh, korang punya otak ni… typical Melayu. Eh, pergi mampuslah, orang nak hantar ke private, government school ke. Orang bukan tak boleh bayar isunya. Isunya adalah orang minta kurangkan pembayaran yuran.
Sebab kanak-kanak untuk belajar online, susah sikit nak faham. Tak semua orang boleh faham. Dia tak dapat nak tengok, nak belajar seperti biasa. Tapi kat rumah, kita pakai internet kita, itu semua siapa nak bayar? Bukan sekolah private je, sekolah government, university pun sama ada masalah.
Sumber: Nabila Huda