berita

Eina Azman Beri Pembantu Rumah Rantai Emas Sempena Hari Lahir

March 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Datin Paduka Eina Azman cukup popular di laman Instagram miliknya kerana kerap berkongsi resepi dan video masakan. Selain hebat dalam lakonan dan pandai memasak, dia kini dipuji kerana melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Telatah Comel Anak Kembar Eina Azman Di Dapur, Dah Take Over Mummy Nampaknya!

Artikel berkaitan: ‘Sorry Ya, Saya Perempuan Tulen & Dah Ada 2 Anak’ – Eina Azman

Di Instagram, Eina Azman kongsi video sambutan ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati. Lebih mencuri perhataian, Eina turut menghadiahkan seutas rantai emas buat Mega.

Orang kuat saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat. Kamu nak rantai baru kan ni saya hadiahkan untuk kamu buat kali kedua sebab yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus. Kami semua sayang kamu Mega.

Menurut Eina, dia berharap pembantu rumahnya itu gembira setelah menerima seutas rantai sebagai hadiah untuk ulang tahun kelahiran pada tahun ini. Tambah Eina, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka bersama kerana Mega bakal pulang semula ke Indonesia.

Jangan jual pula

Jangan jual pula bila balik kampung nanti.

Untung dapat majikan macam ni, cantik dan baik.

Memang patut pekerja sayang dan setia dengan majikan macam ni.

Rata-rata netizen tersentuh melihat cara Eina Azman melayan pembantu rumahnya. Di samping itu, netizen turut terhibur apabila Eina Azman sempat berpesan kepada pembantunya rumahnya agar tidak menjual rantai yang diberi semasa pulang ke Indonesia nanti.

Sumber: Eina Azman 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×