berita

Eina Azman Minta Bekas Pesakit Covid-19 Tahap Empat Kongsi ‘Petua’ Tingkatkan Oksigen Dalam Badan

September 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Eina Azman

Sebelum ini, pelakon cantik  Datin Paduka Eina Azman menerusi satu hantaran di Instagram, memaklumkan keadaan terkini suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah. Difahamkan, suaminya memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigen yang semakin menurun.

Artikel Berkaitan: Tahap Oxigen Suami Semakin Menurun, Eina Azman Pohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Our Anniversary, Jadi Pula Macam Ni’ – Eina Azman, Suami Positif Covid-19

Minta tips daripada orang ramai

Foto: Eina Azman

Terbaru, Eina menerusi Instastory meminta ‘tips’ daripada bekas pesakit Covid-19 tahap empat mengenai cara untuk meningkatkan paras oksigen dalam badan. Eina pada masa yang sama, turut berterima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi tips tersebut.

Salam guys. Sesiapa bekas pesakit Covid tahap 4 ke atas atau macam mana nak tingkatkan oksigen? Tolong kongsikan dengan saya. Terima kasih.

Difahamkan, sebentar tadi berlangsungnya sesi bacaan yassin dan doa buat Eina dan suaminya.

Doktor cakap suami saya mungkin kena masuk ICU dalam dua hari ini. Saya takut sebab apa-apa boleh jadi dalam situ.

Terdahulu, Eina Azman memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Tidak berakhir di situ, dua pembantu rumah Eina turut disahkan positif Covid-19 manakala keputusan anaknya Aubreykarl dan kakaknya Wenny Azman negatif.

Sumber: Eina Azman & HLive

SKIP THIS AD ×