Pelakon Eira Syazira berkongsi pengalaman hamil anak ketiga dan hanya mengetahuinya selepas mengandung tujuh bulan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Tak Ada Duit Nak Beli Susu Anak’ – Eira Syazira
Artikel berkaitan: Azad Jasmin Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Gara-Gara Emas
Sedar hamil selepas tujuh bulan
Menerusi perkongsian di TikTok, Eira berkata, dia menyedari kehamilan tersebut selepas berlaku pendarahan akibat melakukan aktiviti senaman tinju atau ‘boxing’.
Saya tak tahu saya tengah mengandungkan anak ketiga. Hari-hari saya boxing. Saya punya rumah kondo daripada tingkat 14, hari-hari selepas bersenam saya akan squat down macam lompat katak sampai tingkat 14.
Sampai anak saya tujuh bulan dalam perut baru saya tahu aku mengandung, Ya Allah. Masa itu dah ada pendarahan keluar sebab saya main boxing apa semua.
Saya tanya kenapa saya tak kurus-kurus ni masa itu. Kenapa susah sangat ni. Rupanya saya mengandung tujuh bulan, Suri Ratu tu dalam perut saya.
Allah Maha Besar pergi periksa dia tengah menggeliat dalam perut. Bayangkan tujuh bulan saya tak tahu saya mengandung.
Sementara itu, Eira memberitahu dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi kerana baru saja melahirkan anak kedua secara pembedahan caesarean (czer).
Sebab saya baru lepas melahirkan anak saya yang kedua dan saya masih menyusu anak saya dan bila menyusu memang period tu tak teratur sebab saya baru setahun dan tak ada perancangan pun untuk ada anak nombor tiga waktu itu. Dah lah anak nombor dua tu saya czer masih lagi rasa sakit luka.
Bila scan dah besar dah sempurna dah. Menangislah, memang saya tak pernah alami benda tu sangat-sangat terkejut waktu tu. Dan danlah bila dah tahu mengandung baru nampak perut tu besar, dan dan jaga tapi saya teruskan juga boxing cuma dah tak agresif.
Untuk rekod, Eira mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leann Rose, 7, dan Areisya Suri Rose, 6.
Sumber: TikTok