Semalam, penyanyi Shila Amzah menggesa wanita yang dikenali sebagai Eiza untuk keluar segera dari banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo – ‘Selewatnya Esok Sebelum Tindakan Diambil’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Shila Amzah Nafi ‘Biawak Hidup’, Bekerja Dalam Industri Seni Juga – ‘Nak Pergi China Nanti’
Dari tahun 2021
Terbaru, Shila mendedahkan Eiza mula pindah masuk ke rumahnya sejak tahun 2021 sehingga sekarang. Dakwa Shila, 33, wanita terbabit langsung tidak membayar bil-bil utiliti sepanjang tinggal di situ.
Dari banjir, so tu tahun 2021 sampai sekarang la. Memang tidak la (bayar bil api air).
Bagaimanapun, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah tidak pasti hubungan sebenar Eiza dengan adik lelakinya iaitu Amir Syafiq. Namun, katanya, setiap kali acara keluarga, wanita terbabit pasti menghadiri.
Sebelum ini, di Instagram Story, Shila memberi tempoh sehingga hari ini untuk Eiza keluar daripada rumah miliknya.
Tegas Shila, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya arahan itu tidak dipatuhi.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: Instagram