berita

Ejen Ali The Movie Setaraf Karya Antarabangsa, Wakili Negara Dalam Dua Anugerah Berprestij

July 16th, 2020 | by AnisAffandi
Filem Tempatan

Filem Ejen Ali The Movie telah diumumkan penyertaan sulungnya di dua festival filem berprestij antarabangsa tahun ini. Pengumuman dibuat oleh Primeworks Studios dan Wau Animation setelah filem ini terpilih dalam barisan pencalonan akhir 16 filem yang bertanding bagi kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay- Pulcinella Awards.

Sebaris 350 karya animasi lain

Filem Ejen Ali The Movie ini berjaya pecah panggung di 4 negara termasuk Malaysia setelah meraih keuntungan sebanyak RM30.8 juta sekaligus menjadikan filem pilihan pertama di Malaysia.

Filem ini juga telah berjaya menempatkan dirinya sebaris bersama 350 karya animasi lain dari 20 buah negara dari serata dunia di acara berprestij ini yang dijadualkan berlangsung pada Disember di Pescara, Itali.

Filem animasi ini juga berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara setelah diberi penghormatan mewakili Malaysia ke Asean Film Week 2020 yang akan berlangsung di Vietnam. Ejen Ali The Movie ini juga akan dipertontonkan dalam siri tayangan awam percuma di tiga buah panggung wayang.

Akan terus berkarya

Penyertaan filem animasi kami di festival antarabangsa ini merupakan sebuah berita yang sangat mengujakan. Ia menjadi pendorong untuk kami terus berkarya dan mencipta animasi yang lebih baik dan bermutu, lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang sedang pulih dari pandemik COVID-19. Kami sangat berbesar hati diiktiraf dan diberi peluang mewakili Malaysia dan sangat teruja untuk melihat reaksi penonton di Itali dan juga Vietnam

Menurut Datuk Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, ini menjadi titik tolak kejayaan yang membanggakan kerana berjaya mengangkat filem ini setanding pengkarya animasi terbaik antarabangsa yang lain.

Dalam kenyataan lain oleh Ketua Pegawai Wau Animation yang juga pengarah filem ini Usamah Zaid Yasin, penyertaan filem ini di festival antarabangsa merupakan berita mengujakan dan ianya menjadi pendorong untuk mereka lebih banyak berkarya dalam mencipta animasi yang bermutu tinggi.

SKIP THIS AD ×