Lelaki sepatutnya bertindak sebagai pelindung kepada wanita, tidak kiralah dia seorang adik, abang, kekasih, apatah lagi jika bergelar suami. Namun, tidak semua sedar hal itu dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk menguasai wanita.
Satu insiden membabitkan keganasan domestik dirakam seorang netizen mendapat perhatian ramai di media sosial semalam.
Gadis menangis sambil pangku bayi
I was doing my work peacefully in a restaurant when this couple next to me started arguing. I took off my earphones and dengar the girl weeping and just noticed that she’s holding a newborn baby wrapped in a blanket. Then the guy started becoming violent pic.twitter.com/vVooHGPwK3
— Dr Lily Amirah (@lilyxxamirah) October 10, 2018
Saksi kejadian menceritakan dia berada di sebuah kafe apabila satu pasangan mula bertengkar. Apabila diteliti, dia mendengar gadis berkenaan menangis sambil memangku seorang bayi berselimut. Lelaki berkenaan kemudiannya mula berkelakuan ganas.
‘Apa pandang-pandang bang’
Lelaki berkenaan kemudiannya memaksa perempuan itu pergi bersamanya. Dia turut mengetuknya perempuan itu beberapa kali. Beberapa kali bayinya kelihatan hampir terjatuh dari ribaan.
Rupanya bakal suami
Lelaki berkenaan rupanya adalah bakal suami gadis itu. Orang ramai menyuruh si gadis membuat laporan polis, namun kemudiannya lelaki itu kembali dan memaksanya pergi bersama. Pihak polis tampil dan meminta lelaki itu untuk meninggalkan kafe tempat insiden berlaku.
Si gadis enggan berganjak kerana tidak mahu mengikut lelaki itu. Mereka kemudiannya ke luar untuk berbincang namun lain pula jadinya.
Sesi pujuk-memujuk diawasi polis bantuan
Pasangan itu kemudiannya dilihat berbincang dalam proses memujuk sambil diawasi polis bantuan dan beberapa staf kafe berkenaan di seberang jalan.
Lelaki, jangan jadi macam ni
Sumber: Dr Lily Amirah