berita

Eksklusif : Video Klip Single Terbaru Wangi Julianda, ‘Lara’ Dilancarkan

May 8th, 2012 | by M
Video Popular

Sebuah video klip untuk single terbaru Wangi Julianda berjudul ‘Lara’ dilancarkan serentak ke seluruh Malaysia melalui laman OHBULAN! serta radio Era FM tepat jam 8 malam tadi. ‘Lara’ terbitan Alibi Music ini mendapat sentuhan seni daripada komposer serta penulis lirik, Syed Helmy.

Berkata kepada OHBULAN!, “Saya diberikan lagu tersebut sebelum menjalani rakaman bagi menghayati liriknya. Istimewanya, lagu ini diolah supaya sesuai dengan genre dan suara saya. Jadi, lagu ini dirumus dengan ketelitian yang lebih mendalam berbanding lagu-lagu bersama kumpulan The Fabulous Cats dulu.

Beberapa preview video klip berdurasi 3:59 minit ini bukan sahaja memaparkan vokal serta gerak tari Wangi yang mantap, malah terdapat juga beberapa footage daripada filem Mantera yang disesuaikan dengan penceritaan lagu ini.

Enjoy dan kongsikan video ini ya!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×