Sesi persekolahan bagi sesi 2020 bermula sejak 1 dan 2 Januari lalu di seluruh negara. Antara isu yang kerap kali diulang setiap tahun adalah bebanan beg sekolah berat yang terpaksa dipikul murid setiap hari.
Pengguna Facebook Allan Jacho berkongsi tips bagaimana memilih beg sekolah terbaik untuk anak-anak selain cara pemakaiannya untuk meminimumkan impak negatif.
Ibu bapa jangan biarkan anak pilih sendiri beg
Masa aku pergi sekolah Airish tadi, ada beberapa perkara yang aku perhatikan. Antaranya bag budak-budak sekolah.
Melihat dari jauh gelagat mereka berjalan sampai tersenget-senget bahu, rasa kasihan pula.
So kat sini aku nak bagi tips sikit tentang pemilihan bag sekolah ni. Ibu bapa jangan biarkan anak pilih bag sekolah mereka sendiri tau.
Mereka tak tahu bag itu sesuai atau tidak yang penting cantik dan trending. Tolong pilihkan yang sesuai untuk kesihatan tulang belakang anak.
Beg beroda tidak sesuai
Bag yang sesuai untuk anak.
1. Pastikan bag itu diperbuat dari kain vinil atau kanvas. Yang penting ringan dan berpatutan.
2. Pilih bag yang mempunyai tali bahu yang berspan dan lebar. Ada tali di dada dan pinggang. Tahu tak apa fungsi tali ni? Mesti kau orang ingat ia sebagai aksesori bag je kan? Bukan.
Tali tu sebenarnya adalah untuk mengimbangi bebanan bag dan badan. Supaya dapat mengurangkan tekanan dari bebanan tambahan.
4. Jangan belikan anak bag sekolah yang ada roda. Kalau sekolah dia bertingkat, bag roda ni akan lagi membebankan mereka. Bag beroda sangatlah tidak sesuai pakai ke sekolah.
Cara pemakaian betul
Cara pemakaian pun mesti kena ajar.
1. Pastikan bag sama tinggi dengan bahu semasa memakainya dan sama lebar dengan badannya.
Apa yang aku lihat bag budak-budak sekolah tu tadi besar belaka. Besar dari saiz badan mereka. Mereka tidak tahu, kahsian. So Ibu bapa perlu ambil tahu tentang hal ini untuk kesihatan tulang belakang mereka.
Semakin besar bag, semakin banyak yang dia sumbat, dan semakin beratlah bagnya.
2. Ajar anak supaya jangan pakai bag sampai terlondeh ke punggung. Tak nampak K-Pop pun pakai bag macam tu. Ketatkan tali. Biar fit melekat kat badan mereka.
3. Menyandang bag dengan satu tali je mungkin nampak versatil namun ia boleh mencederakan otot bahu dan leher anak kita jika ia dilakukan dengan kerap. Awas bahaya!
Anak-anak bila sakit belakang, fikiran mereka mungkin sakit sebab penat bermain. Padahal sakit belakang mereka tu mungkin berpunca dari bebanan bag yang mereka pikul.
Sila ambil tahu kalau tidak tahu dan tanya kalau tidak faham. Gitu sifir dia.
Sumber: Allan Jacho