berita

‘Berbaiklah & Jangan Gores Hati Anak-Anak’ – Datuk Yusof Haslam & Isteri Gembira Dengan Sikap Syamsul

August 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Yusof Haslam Syamsul

Pengarah dan penerbit filem popular, Datuk Yusof Haslam gembira melihat sikap Syamsul sebagai seorang bapa yang meluangkan masa dan memberi sokongan kepada anak-anaknya ketika mereka menyertai hari sukan sekolah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Sihat, Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Anak

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Bangga Syaikhul Mengetuai Bacaan Surah Al-Fatihah Ketika Hari Sukan – ‘Mama & Ayah Ajar Kamu Dengan Baik’

Syukur & gembira

Yusof Haslam Syamsul

Memetik laporan Harian Metro, Yusof menzahirkan kesyukuran apabila Syamsul dan Puteri Sarah tetap mengekalkan perhubungan baik demi anak-anak walaupun sudah bercerai.

Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai.

Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.

Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah.

Dalam pada itu, Yusof dan isterinya, Datin Patimah sentiasa mendoakan Syamsul agar memperoleh kejayaan sebagai anak seni dan cekal ketika diuji.

Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya.

Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014  dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam , 6, dan Sumayyah, 5.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×