berita

[VIDEO] Puteri Sarah Jawab Kenapa Yusof Haslam, Patimah ‘Teman’ ABPBH35

July 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

PUTERI SARAH

Kehadiran Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah bersama aktres, Puteri Sarah Liyana ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 pada Jumaat lalu menjadi topik bualan ramai.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Yusof Haslam & Patimah Teman Puteri Sarah

Mentua orang industri

Puteri Sarah Liyana

Terbaru, menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah tampil memberi pencerahan. Menurut aktres berumur 37 tahun, bekas bapa dan ibu mentuanya itu turut menerima jemputan hadir ke anugerah gilang-gemilang itu.

Dah sah-sah bapa mentua itu artis. Dia (Datuk Yusof) orang lama dalam industri semestinya dapat jemputan juga. Aduh.. Awak ingat dia tak dapat jemputan ke?

Bukannya tanya kenapa Sarah ajak? Mesti la Datuk Yusof dapat jemputan juga. Lepas itu, mesti la Datuk Yusof tanya Sarah pergi tak? Sarah tercalon Top 5 kan. Sarah jawab pergi lalu diajak untuk pergi bersama.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menganggap isu tersebut tidak perlu timbul memandangkan sudah ‘terang’ Datuk Yusof merupakan anak seni.

Itu pun kecoh nak cakap Sarah saja ajak. Busuk hati Sarah tu. Lain la kalau mereka bukan dalam kalangan industri dan tak dapat jemputan.

Kalau macam itu, saya pun pelik. Kadang-kadang dorang nak tau sangat sebab itu tanya banyak kali. Tak apa Sarah tolong jawab.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5.

Manakala pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×