berita

‘Elak Timbul Isu Berbangkit’ – Anak Yang Tertukar, Wajib Untuk Tukar Kembali Bin Atau Binti Mereka

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai kisah pasangan adik-beradik kembar yang telah terpisah hampir 20 tahun disebabkan kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bahru, Kelantan.

Artikel berkaitan: ‘Kisah Puteri Yang Tertukar’ – Pasangan Kembar Baru Tahu Mereka Tertukar 20 Tahun Lalu

Artikel berkaitan: ‘Disebabkan Orang Lain, Kami Yang Tanggung Derita’ – Kisah Pasangan Kembar Terpisah 20 Tahun

Susulan daripada kisah tersebut, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri memberitahu bahawa anak yang tertukar itu wajib untuk menukar kembali bin atau bintinya.

Harap tak timbul isu berbangkit

Menerusi laporan Harian Metro, Mohamad Shukri memaklumkan bahawa penukaran tersebut perlu dilakukan agar tidak timbul isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan. Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab membabitkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan).

Tidak salah tinggal dengan keluarga angkat

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Shukri berkata, tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini. Ini kerana, gadis tersebut sudah dianggap sebagai anak dan diberi susu oleh ibu keluarga tersebut.

Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa. Mengenai wali dalam pernikahan pula, kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung dan pengganti wali mereka nanti ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.

Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal. Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×