berita

Elfira Loy Dikritik Peminat Dalam Demi Dia

July 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

El

Siapa yang tengok drama terbaru di slot Akasia saluran TV3 petang semalam? Nampaknya selepas sahaja demam Teduhan Kasih berakhir, kini penonton disajikan pula dengan kisah cinta Elfira Loy dan Zoey Rahman melalui drama berjudul Demi Dia.

Apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah Elfira selaku bintang utama drama itu membawakan watak sebagai isteri kepada Zoey dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Kalau diikutkan memanglah watak itu nampak tidak sesuai dengan Elfira atau lebih dikenali sebagai El kerana raut wajahnya yang masih keanak-anakan. Malah laman Twitter juga dibanjiri dengan respon para peminat yang tidak berapa setuju dengan watak dibawakannya.

El Zoey

Namun, ternyata pelakon genit itu bijak menangani situasi dengan menerangkan kepada semua bahawa jalan cerita drama itu mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin muda dan dianggap tidak menjadi isu besar walaupun ada yang menyentuh soal kelayakannya membawa watak tersebut.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama El membawa watak seperti ini kerana dia juga pernah melakonkan watak isteri orang di dalam telefilem Untuk Terakhir Kali bergandingan dengan hero Indonesia, Baim Wong.

Mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat menerima hakikat yang El kini semakin meningkat dewasa dan boleh melakonkan watak-watak yang agak matang dari biasa.

Screen Shot 2013-07-03 at 22.16.45

Bagaimanapun, Demi Dia berjaya trending di Twitter hanya selepas beberapa minit ia ditayangkan pada episod pertama. Mesti esok lusa ramai peminat yang tak sabar nak balik dari pejabat dan sekolah semata-mata mahu menonton kecomelan El dan Zoey jadi suami isteri.

SKIP THIS AD ×