Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengakui bahawa dia dan bekas suami, Azri Iskandar masih berhubungan baik walaupun mereka sudah bercerai.
Artikel Berkaitan: Sah Cerai Dengan Azri Iskandar, Ellie Suriaty Akui Satu Keputusan Sukar – ‘Terima Kasih Untuk Kenangan Manis’
Artikel Berkaitan: ‘Ya Betul, Saya Dah Ceraikan Ellie Dengan Talak 1 Tadi’ – Azri Iskandar Mohon Ruang & Waktu Yang Sesuai Untuk Bercerita
Tiada isu berebut anak
Menerusi laporan Gempak, Ellie berkata dia telah berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan bekas suami, untuk memudahkan anak-anak mereka untuk berjumpa.
Kami masih jalinkan hubungan yang baik meskipun saya dah pindah rumah lain. Tapi masih dekat. Senanglah untuk anak-anak datang kedua-dua rumah.
Malah kami pun tak ada isu berebut anak. Anak-anak pun dah besar mereka memahami dan matang serta bersikap pemikiran terbuka.
Kami juga tidak bersikap untuk menghasut anak-anak untuk membenci sesiapa.
Ellie dan Azri dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
‘Saya sangat professional’
Ellie juga memberitahu bahawa dia tiada masalah jika digandingkan dalam mana-mana set penggambaran bersama Azri.
Saya sangat mengkagumi bakat dia. Bagi saya lakonan dia sangat mahal dan orang lain tak ada apa yang dia miliki.
Saya sangat professional dan tiada masalah untuk bekerjasama di masa akan datang.
Selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga, Ellie dan Azri telah bercerai pada 17 Mei lalu dengan satu talak.
Sumber: Gempak