berita

Elvina Mohamad Teruja, Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

February 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Perkhabaran gembira mengenai kehamilan kedua Datin Elvina Mohamad melalui hantaran di dalam Instargram (IG) ketika sedang bercuti bersama suami dan anak lelakinya mendapat perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Elvina Mohamad Berang Dengan Wanita ‘Unicorn’, Dakwa Selamba Cop Parking – ‘Ikutkan Hati Nak Maki!’

Artikel Berkaitan: Penampilan Seksi Di KLFW2022 Dikritik, Elvina Mohamad Minta Maaf

Dah nampak baby bump

Menerusi gambar dari hantarannya itu, kelihatan bahagia suami Elvina, Datuk Haniff Borhan bersama anak lelakinya, Karl Mateen mengusap perut Elvina yang jelas menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Perkongsian berita tentang kehadiran bakal cahaya mata baru itu diumumkan pelakon jelita ini ketika keluarga bahagianya bercuti ke taman tema Disneyland, Tokyo, Jepun.

Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri dengan ucapan tahniah.

Terdahulu, Elvina pernah mengalami keguguran dan dia merasa bimbang dengan peningkatan kes kematian wanita hamil ketika pandemik Covid-19 melanda.

Sekadar info, pada 18 Mac 2018 Elvina, dan Haniff telah mendirikan rumah tangga dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram Elvina Mohamad

SKIP THIS AD ×