Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ” Emerald Green “. Untuk pengetahuan anda Emerald Green merupakan satu gabungan warna yang telah wujud dalam palet warna sejak dahulu kala lagi. Warna ini tercetus dari idea gabungan tiga warna iaitu hijau,hitam dan sedikit warna putih. Warna ini telah kembali menjadi trend bagi fesyen warna pada masa kini.
Jikalau dahulu warna ini kurang mendapat sambutan namun kini warna ini telah menjadi pilihan beberapa barisan selebriti tidak kira didalam dan luar negara juga. Lihat sahaja Neelofa ketika menggayakan busana berona Emerald Green ketika dalam satu majlis karpet merah. Tona warnanya memberikan satu effect yang sangat cantik pada Neelofa. Sekali gus ia menaikkan seri pada si pemakainya.
Dynas dan Linda onn juga pernah dilihat menggayakan busana berona hijau ini pada majlis berprestij lain juga . Apa yang lebih menarik lagi Scha Alyahya turut mengenakan busana berona Emerald Green pada majlis perkahwinan beliau sendiri. Tona warna ini sememangnya mampu menarik perhatian ramai kerana keunikan yang ada pada warnanya.
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru apa kata cuba gayakan baju anda dengan warna Emerald Green pula. Siapa tahu mungkin dengan menggayakan busana berwarna ini juga mampu membuatkan anda kelihatan lebih cantik dan boleh memberi kelainan pada anda.
Kredit Foto : Google , Sensasi selebriti