berita

Emma Hewitt Turun Malaysia Jumaat Ini!

September 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

emma-hewitt-sitting-image

OHBULAN! percaya ramai yang sudah mendengar berita kedatangan ratu Trance, Emma Hewitt ke Malaysia pada 20 September 2013.

Berita ini sama sekali sangat dinantikan oleh kebanyakan peminat Emma Hewitt yang sering mendengar lagu-lagu penyanyi kelahiran Australia ini.

Persembahan yang akan berlangsung di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail pada jam 8 malam itu nanti bakal dibarisi oleh artis-artis ternama antarabangsa dan tempatan seperti Marlo, Sean Tyas, Jorn Van Deynhoven, MisterAriffin, LFS dan RVD.

emma-hewiit-concert-kl

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Emma menunjukkan bakatnya secara langsung, namun sudahkah anda mendapatkan tiket untuk ke konsert tersebut?

Jika belum, anda masih boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM68, RM88 dan RM128 di laman web VIP.my sementara ia masih ada. Selain dari itu, sila layari laman Facebook rasmi Emma Hewitt Live in Concert KL untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan MV lagu Crutify oleh Emma Hewitt versi remix untuk tontonan dan pendengaran anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×