berita

Emma Maembong Kongsi Video Bawa Anak Berjalan Di Kaki Lima, Netizen Risau Tengok Kereta Laju Lalu-Lalang

February 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon cantik Emma Maembong baru pulang dari bercuti di negara Switzerland bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar dan anak lelaki mereka, Shariq Gabriel.

Bawa anak keluar berjalan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Emma berkongsi sebuah video yang memaparkan dia dan Shariq keluar bersiar-siar di sana.

Dalam rakaman itu, Emma, 30, sedang melayan Shariq yang lincah berjalan di kaki lima berhampiran jalan raya.

Biarpun berpimpin tangan, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail dan Shariq dilihat dalam bahaya apabila kawasan tersebut merupakan laluan utama kenderaan lalu-lalang.

Risau tengok kereta laju

Susulan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kerisauan melihat gelagat anak berusia setahun yang bertatih menuju ke jalan raya.

@miashlanz: Adoi apasal aku seriau tengok kereta lalu lalang tepi baby. Aduh dah la laju.

@menterip4s0l4: Kenapa main kat tepi jalan tu? Macam bahaya ja, hati-hati ya.

@shihayusuf: Seram pula tengok kereta lalu lalang kat situ.

@aziera0812: Risau saya tengok kereta banyak sangat.

@mannnliaaaa: Emma kenapa ajar anak jalan kaki tepi jalan banyak kenderaan. Bahaya tu. Takut malang tak berbau.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang teruja melihat kelincahan Shariq selepas ‘dapat kaki.’

Terdahulu, Emma dan juruterbang Shazli berkahwin pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan Shariq Gabriel pada 8 November 2020.

Sumber: Instagram @emma_maembongofficial

SKIP THIS AD ×