Pelakon Emma Maembong menjelaskan dia secara peribadi melihat kehidupan kakaknya, Shikin Maembong kini lebih ceria dan bahagia selepas mengenali penyanyi Rap, Cat Farish.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Berbusana Pengantin Di IG, Cat Farish & Shikin Maembong Sedang Meniti Hari Bahagia
Artikel Berkaitan: ‘Cinta Tak Payah Dicari, Muncul Dengan Sendiri’ – Cat Farish
Lebih bahagia
Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dia sendiri tidak pernah melihat kakaknya bahagia sebegitu dan akui turut gembira.
Malah, aktres berusia 31 tahun itu mendoakan kebahagian Shikin dan Cat kekal selamanya.
Saya secara peribadi melihat Shikin selepas kenal Cat, wajahnya lebih ceria walaupun berdepan pelbagai ujian sebelum ini. Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.
Saya doakan rasa gembira dan bahagia itu kekal dalam hubungan Shikin dan Cat selamanya. Love make people crazy, kalau Shikin selalu buat benda gila bersama Cat maknanya mereka sangat bahagia.
Dalam pada itu, diminta berkongi mengenai persiapan menuju hari bahagia Shikin dan Cat, Emma memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa sebaliknya menunggu penjelasan daripada kakaknya sendiri.
Saya boleh cakap memang benar Shikin akan bernikah dengan Cat, tapi secara terperinci saya tidak boleh kongsi kerana lebih elok jika keluar dari mulut tuan badan itu sendiri.
Saya rasa kurang manis jika saya mewakili pihak dia untuk beritahu tarikh, lokasi dan sebagainya.
Perkahwinan ketiga
Meskipun ini bakal menjadi perkahwinan ketiga buat Shikin dan Cat, namun kata Emma dia tidak berhak untuk memberi sebarang nasihat rumah tangga. Sebaliknya mendoakan perkahwinan kali ini menjadi yang terakhir buat mereka.
Saya sendiri sudah mendirikan rumah tangga dan tahu akan ada ujian dalam perkahwinan, bukan mudah. Semua orang boleh berkata ikut sesuka hati mereka.
Masing-masing merupakan perkahwinan ketiga, saya tidak boleh untuk bagi tips atau nasihat kepada mereka sebab saya tidak apa akan terjadi pada masa depan. Apa yang pasti saya berdoa ini merupakan yang terakhir untuk Shikin dan Cat.
Gembira itu bukan sahaja terlihat pada Shikin dan Cat, tetapi pada anak-anak mereka juga. Lagi-lagi anak Shikin, dia anak tunggal, selalu cakap nak pergi rumah kakak (anak Cat). Saya yang dengar pun rasa sebak.
Terdahulu, kisah percintaan Cat dan Shikin yang juga usahawan mula dihidu netizen selepas mereka berkongsi beberapa video yang memaparkan aksi mesra di laman sosial masing-masing.
Cat kemudian menerusi satu temu bual mendedahkan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Shikin dan dikhabarkan bakal berkahwin pada 13 Julai ini.
Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Ahli kumpulan Ruffedge itu juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun rumah tangga itu hanya bertahan dua tahun.