berita

Enam Minggu Vokal Mania Bersiaran, Rookie Cipta Sejarah Berjaya Tewaskan 3 Idol

December 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas menjalani proses kuarantin selama 14 hari, Aina Abdul kembali beraksi di pentas Vokal Mania minggu keenam semalam. Seperti biasa, Aina dan kesemua idol memberi saingan yang sengit kepada kempat-empat rookie yang bertanding dalam episod tersebut.

Artikel berkaitan: Kalah Battle Hanya Kerana Bertanding Secara Virtual, Aina Abdul Mohon Netizen Tak Salahkan Juri

Namun begitu, saingan yang diberikan oleh idol di pentas tersebut berjaya diatasi oleh rookie apabila mereka berjaya menewaskan 3 idol di pusingan battle. Daus Husny pula telah diangkat sebagai rookie pilihan untuk Rookie Star Award.

Rookie cipta sejarah

Pentas Vokal Mania semalam dibuka oleh Eranzz Lambert dengan lagu ‘Dahsyat’ dan diikuti lagu ‘Reflection’ daripada Aina Abdul. Dalam pusingan duet, mereka telah menyanyikan lagu ‘Isabella’ nyanyian kumpulan Search. Kehebatan vokal Eranzz dan pengalaman yang dimilikinya sebelum ini, berjaya membuatkan Eranzz menewaskan Aina dalam pusingan battle.

Di samping itu, Zetty Rashid yang menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ dan Daus Husny yang menyanyikan lagu ‘Hati’ turut berjaya menewaskan idol mereka iaitu Lan Solo dan Indah Ruhaila dalam pusingan battle. Namun begitu, Erin pula terpaksa akur apabila idolnya iaitu Tomok menang dalam pusingan tersebut.

Lambert ni bagus

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat pemenang tempat ketiga Golden Memories Asia anjuran televisyen Indosiar pada tahun lepas iaitu Eranzz Lambert. Buat pengetahuan korang, Eranzz mempunyai banyak pengalaman bertanding di pentas dan namanya sudah dikenali di Indonesia.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×