berita

‘Ending’ Drama ‘Perempuan Itu’ Buat Ramai Mengalirkan Air Mata ‘ -Tahniah Atas Naskhah Yang Hebat!’

June 30th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sambutan drama ‘Perempuan Itu’ amatlah luar biasa dengan jalan cerita yang membuatkan rata-rata penonton dapat berkait rapat.

Setelah 30 episod berlalu, akhirnya watak Khalish lakonan Mimi Lana itu temui kebahagiannya yang baru.

Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Itu’ Beri Mimi Lana Peluang Belajar Ilmu Agama

Artikel Berkaitan: ‘Promosi Drama Perempuan Itu? Saya Tidak Tahu’ – Zul Ariffin

Artikel Berkaitan: Hantar Laporan Bertulis Atau Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Dapat Ditayangkan

‘Ending’ yang sebenar

Menerusi perkongsian di TikTok, kebanyakan warganet berpuas hati dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Erma Fatima itu. Kesudahan cerita yang dikatakan ‘real’ membuatkan penonton menitiskan air mata.

Dalam episod terakhir, Khalish menemui kebahagian barunya dengan ditakdirkan dia memiliki cahaya mata. Namun apa yang lebih menyayat hati apabila Aryan nahas dalam sebuah kemalangan jalan raya tanpa sempat melihat anaknya yang baru dilahirkan itu.

Walau bagaimanapun, Khalish mengambil keputusan untuk tetap menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suaminya, Emir.

Netizen puas hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menerima baik kesudahan drama ‘Perempuan Itu’ kerana dapat memahami pengajaran yang cuba disampaikan oleh pengarah. Namun, terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan ‘ending’ yang dikatakan tidak adil buat Khalish yang sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran berumah tangga.

Sumber: TikTok @nak_set_apa

SKIP THIS AD ×