berita

‘Enggan Beri Risiko Kepada Petugas Media’ – Ismail Sabri Buat Ujian Covid-19, PM Jalani Kuarantin Kendiri

October 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan bahawa dirinya positif Covid-19. Susulan daripada itu, beliau menyeru orang ramai untuk segera menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 jika menghadiri sebarang majlis yang dihadiri oleh beliau bermula 24 September hingga 4 Oktober.

Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19

Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Batal sidang media

Menerusi laporan Harian Metro, Ismail Sabri telah membatalkan sidang media semalam selepas mendapat tahu mengenai keadaan Dr Zulkifli. Menurut beliau, pembatalan sidang media itu dibuat kerana enggan memberi risiko kepada petugas media. Tambahnya, beliau mempunyai kontak rapat dengan Menteri Hal Ehwal Agama itu.

Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) zon Kota Kinabalu, termasuk Penampang dan Putatan.

Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli). Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media.

Mengulas mengenai ujian saringan Covid-19 yang dilakukan semalam, Ismail Sabri memaklumkan keputusannya dijangka diketahui hari ini. Beliau juga berharap keputusan swab test tersebut negatif.

PM turut kuarantin

Selain Ismail Sabri, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjalani kuarantin kendiri dan menjalankan tugas dari rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan Dr Zulkifli.

Kesemua mereka dipercayai hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu yang dipengerusikan Muhyiddin. Beberapa anggota kabinet dan pemimpin agensi kerajaan turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×