berita

Enggan Bermusuhan Dengan Rakan Artis Hingga Tua, Neelofa Doa Hati Mereka Dilembutkan

June 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

neelofa-1

Sekitar dua minggu lepas Neelofa ada menulis artikel panjang di dalam kolum sebuah akhbar yang menyatakan bermusuhan itu membuang masa.

Artikel berkaitan:

Semua orang tahu bahawa hubungan Neelofa dengan sesetengah rakan artis tidak baik termasuklah dengan Fazura. Tapi penulisannya itu sedikit sebanyak memberi gambaran seperti pengacara Meletop berkenaan sudah penat untuk bermasam muka.

Kesempatan bertemu Neelofa di Majlis Pelancaran Airish Fashion Cosmetic semalam memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan penjelasannya.

Macam ni lah, bila kita membesar, we learn something new from time to time. Dan manusia berubah dari semasa ke semasa. Bila sesuatu terjadi dan kita ambil pengajaran, kita akan fikir macam ni, ‘I think I should change this’ dalam diri kita sendiri.

Sesiapa sahaja yang ada bad history dengan Lofa, tak kisahlah dalam industri ini ataupun luar industri, saya cuma doakan supaya Tuhan lembutkan hati sesiapa sahaja yang rasanya tak berapa suka untuk hilangkan rasa dendam, hilangkan rasa marah. Kalau tak nak baik pun, sekurang-kurangnya neutral kan hati. Apa gunanya saya nak drag benda tu sampai ke tua.

neelofa-2

Sementara itu, Neelofa tetap juga mengunci mulut biarpun beberapa kali ditanya mengenai punca perpisahannya dengan Hans Isaac. Baguslah, kata orang lebih baik tak berkata buruk atau mendedahkan cerita mengenai bekas pasangan, betul tak?

I respect him. Saya hormat dia kerana dia lebih berusia dari saya dan atas segala benda-benda baik yang dia pernah ajar saya. Jadi, untuk itu saya tak nak kongsikan apa puncanya kerana benda itu peribadi untuk kami.

Tapi apa yang pasti, kegagalan hubungan mereka bukanlah disebabkan oleh orang ketiga. Malah, Neelofa juga menyangkal dakwaan dirinya kini sudah bertemu pengganti.

Alhamdulillah, saya tak perlukan pengganti untuk saya teruskan hidup. Saya tak ada sesiapa pun. I’m not looking for anyone. Tapi kalau ada dan keluarga saya restu, boleh betul-betul menambat hati saya dari banyak sudut, saya tak nak bercinta lama-lama, nak cepat kahwin.

SKIP THIS AD ×