berita

Enggan Kembali Hidup Bersama, Suami Nekad Tarik Rambut & Tumbuk Belakang Badan Isteri

February 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara enggan kembali hidup bersama, seorang lelaki sanggup mencederakan isterinya dengan menumbuk belakang badan serta menarik rambut mangsa di Tasik Bandar Darulaman, Kedah.

Diburu pihak polis

Menerusi laporan Harian Metro, tindakan lelaki tersebut mengundang padah apabila dia kini diburu polis selepas video pergaduhan terbabit viral di media sosial. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 33 tahun berang selepas mangsa enggan kembali hidup bersamanya. Tambah Rodzi, pasangan tersebut dalam proses untuk berpisah dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu.

Ketika kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek. Namun, suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu.

Ujar Rodzi lagi, suspek berhenti memukul mangsa dan melarikan diri selepas orang ramai menggertak akan membuat laporan polis.

Masih mengesan suspek

Susulan daripada itu, pihak polis telah melakukan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun, semalam untuk mengesan lelaki berkenaan. Bagaimanapun, rumah itu didapati berkunci serta tidak berpenghuni.

Setakat ini kita masih mengesan suspek dan hasil semakan mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×