berita

Enggan Komen Panjang, Wani Kayrie Simpati & Kasihankan Bella Astillah – ‘Dia Perlu Hadap Selama Bertahun-Tahun’

March 24th, 2024 | by Alia
Kini Trending

wani bella

Penyanyi Wani Kayrie mengambil langkah untuk tidak masuk campur dalam rumah tangga sepupunya, Bella Astillah meskipun isu tersebut sedang hangat diperkatakan.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Kongsi Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah – ‘Kamu Tahu Melepaskan Itu Indah’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Hormati Bella

wani bella

Ketika ditemui OhBulan! Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah berkata dia enggan mengulas dengan lebih mendalam berkenaan kontroversi yang melanda rumah tangga Bella demi menghormati semua pihak.

Berkenaan dengan perkara itu sebenarnya secara peribadi saya kalau boleh tak nak komen apa-apa sebab saya hormati dia walaupun saya tahu apa yang dia lalui dan hadapi sepanjang program realiti Famili Duo.

Saya rasa sebenarnya saya tak ada hak untuk menyuarakan. Saya pun belum berkahwin dan tak tahu naik turun rumah tangga macam mana tapi apa yang boleh saya katakan adalah saya kesiankan dia.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 24 tahun itu tetap menzahirkan rasa simpati terhadap sepupunya atas segala ujian yang menimpa.

Saya kesiankan dia dengan apa yang dia perlu hadap dan simpan selama bertahun-tahun ini, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh menghukum mana-mana pihak. Saya tak tahu tentang pihak sebelah sana.

Apa yang saya boleh katakan adalah saya bersimpati kepada Bella.

Wani berkata demikian pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Balik Raya, hasil kolaborasi bersama Indah Ruhaila dan Nadeera yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil semalam.

Dalam pada itu, Wani berkata kali terakhir dia bertemu dengan Bella adalah di sebuah majlis pada awal tahun ini dan mendedahkan ada menghubungi aktres itu ketika ulang tahun kelahirannya.

Saya ada mesej dia semasa hari jadi dia tapi saya pun tak mahu kacau dan saya harap semuanya dipermudahkan untuknya.

Dia balas dengan ucapan terima kasih dan dia ambil peluang untuk minta maaf sempena bulan Ramadan ini andai dia ada buat salah dan terkasar bahasa.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff Aziz. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.

Bella kemudian hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.

Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

SKIP THIS AD ×