berita

Enggan Kongsi Makanan Punca Pelajar Perempuan Ditendang Rakan Sekelas Di Kerongkong & Leher

February 6th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang pelajar perempuan di sekolah Buriram, Thailand cedera selepas ditendang di kerongkong oleh rakan sekelasnya.

Artikel Berkaitan: Tak Tahan Asyik Kena Buli, Pelajar Kelainan Upaya Tikam Leher Rakan Hingga Mati

Artikel Berkaitan: Pelajar Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Rakan & Pengetua Sekolah

Menuntut keadilan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, pelajar lelaki tersebut telah meminta makanan mangsa, namun gadis itu enggan memberi.

Disebabkan berang, budak lelaki itu menendang mangsa di kerongkong dan leher sehingga berlaku pergelutan antara mereka dan menyebabkan baju budak lelaki itu koyak.

Ibu gadis tersebut telah menuntut keadilan kerana menyebabkan anak perempuannya bengkak di bahagian leher, sakit dada dan muntah sehingga perlu dibawa ke dua buah hospital bagi mendapatkan rawatan

Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar lelaki itu hanya menawarkan pampasan sebanyak 2,000 baht (RM266.43) dan menasihatkan keluarga gadis itu untuk mendapatkan tindakan undang-undang jika mereka mahukan lebih.

Pihak sekolah telah menasihatkan ibu bapa untuk berunding secara peribadi, namun ibu bapa mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Chaloem Phrakiat dan menghubungi media kerana bimbang berlaku ketidakadilan.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×