Umum pasti sudah tahu kisah keretakan rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil berkhir hari ini.
Namun, pasti peminat tertanya-tanya siapa yang berjaya mendapat hak penjagaan anak mereka Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Menurut Sinar harian, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira.
Erra dan anaknya Engku Aleesya
Permohonan ini diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju dan mahkamah meluluskan permohonan Erra untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.
Aktress cantik itu diwakili oleh peguamnya Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013.
Dalam pada itu, Erra turut memohon supaya pihak lain tidak lagi bertanya mengenai kisah penceraiannya kerana ingin fokus terhadap kerjaya.