Bekas suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa kesal apabila berita perceraiannya menjadi bahan topik di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Keluar Mencari, Mereka Hadir Dalam Proses Kerja’ – Engku Emran
Artikel Berkaitan: ‘Yang Belum Kahwin Jangan Sembang Kuat Sangat’ – Engku Emran
Uji kesabaran
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emran berkongsi tangkapan perbualan bersama dua kenalan rapat merangkap penasihatnya yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
Akui ahli perniagaan berumur 48 tahun, penceraian kali ketiga ini menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran.
Lebih merisaukan Emran apabila ayah dan anak perempuannya, Engku Aleesya turut terpalit sama dalam situasi tersebut.
Saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini.
Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga.
Dalam pada itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk menyibukkan diri dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah.
Lebih baik diam
Sementara itu, Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata. Katanya lagi, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak perlu menegakkan kebenaran sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik2 untuk mereka ??? #ohbulan #sembangentertainment #engkuemran ? Kecewa – Rossa
Sekadar info, Emran dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.
Sebelum itu, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Manakala Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Instagram