Engku Emran bersama anaknya, Engku Aleesya (dress merah jambu)
Di awal proses perceraian pada bulan Februari lalu, bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dilihat paling terkesan dengan perpisahan mereka.
Ada sahaja kemaskini di laman sosial Instagram Emran yang mengingatkan peminat kepada memori lama mereka sejak berkahwin, memiliki anak dan sebagainya.
Malah, Emran turut mewujudkan hashtag #prayformomandayah serta meminta para peminatnya mendoakan agar dia dan Erra dapat bersatu semula.
Tetapi pada hujung minggu lalu, Emran nampaknya telah berhenti mencuba untuk memenangi hati Erra kerana difahamkan sudah bertemu pengganti suri di hati.
Menerusi laman sosial yang sama, Emran memuat naik beberapa keping foto wajahnya yang dilukis oleh seorang wanita istimewa dan mengesahkan dirinya kini sudah berpunya di ruangan profil.
Bila cuba ditilik signature pelukis di gambar Emran itu, nampak seperti tertulis Adeena. Mungkinkah itu nama kekasih baru Emran?
Lihat kapsyen: #bymysunshine. Manis!
Dalam pada itu, salah seorang pengikutnya di Instagram terbuka hati bertanya sama ada Emran akan mendapatkan semula cinta Erra demi Aleesya.
Tapi sayangnya, perkara itu takkan terjadi lagi kerana Emran kini sudah redha dan move on dengan apa yang berlaku.
Mungkin ini yang terbaik buat Engku Emran. Jika dia mampu memberikan kebahagian buat Aleesya dengan kehadiran ibu baru, apa salahnya, betul tak? Peminat doakan sahajalah yang terbaik, ya.