Tak salah bergurau asal kena gayanya dan orang yang diguraukan sudah dikenali tahap keterbukaannya menerima lawak atau mesej yang ingin disampaikan. Kalau tidak, terimalah akibat korang mencipta musuh tak memasal kan.
Kecoh seketika netizen di Twitter apabila seorang pengguna menggunakan nama PU Nabil (Namun lelaki berkenaan bukanlah peserta rancangan realiti dakwah popular berkenaan) memetik tweet Kilafairy dalam nada ‘gurauan’ penuh berbisa. Padu sangat ke?
Deep ayat Kilafairy…
Penyanyi dan pelakon itu memuat naik sekeping foto dengan satu kapsyen ‘Some women fear fire, some woman become it’ yang kemudiannya ditafsirkan dengan satu maksud lain yang nyata jauh menyimpang dari maksud asalnya.
Bila manusia rasa diri dia Tuhan
Terpanggil dengan balasan lelaki berkenaan, Kila tampil menjelaskan dia langsung tidak menulis dan memaksudkan api neraka dalam tweet sebelumnya. Dia juga berpendapat lelaki berkenaan cuba menjadi Tuhan dengan menghakimi tweet berkenaan.
Bagus, burukkan orang lagi
Lelaki berkenaan kemudiannya membalas tweet sebelumnya yang kemudiannya dipadamkan. Tweet api neraka itu dikatakan dibuat untuk melihat respon netizen mengenai hal itu.