Pemakanan adalah aspek penting untuk penjagaan kesihatan. Apa yang dimasukkan ke dalam mulut akan menentukan tahap kecergasan tubuh badan. Jika dijaga secara teratur dan teliti, sudah tentulah badan akan sihat dan dijauhkan dari penyakit, begitulah sebaliknya.
Seorang netizen dengan yakin membuat post di laman sosial menerangkan diet yang perlu diikuti berdasarkan jenis darah seseorang. Sesetengah makanan perlu dielakkan manakala ada makanan lain perlu diambil untuk kesihatan. Boleh ke macam tu?
Darah O sensitif vitamin C sebab darah O cair?
Menurut wanita itu, darah jenis O dikatakan cair menyebabkan ianya sensitif dengan vitamin C. Jadi, individu berdarah O tidak disarankan mengambil makanan tambahan vitamin C untuk mengelakkan pencairan terus berlaku.
Dakwanya lagi, setiap jenis darah akan cenderung dengan penyakit tertentu. Darah O lebih berisiko sakit sendi, lutut dan mudah pitam. Manakala pula berpotensi sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi.
Sangat tak betul
Seorang pakar perubatan memberi respon kepada isu ini dan mengatakan dakwaan berkenaan sangat tidak benar. Malahan tiada langsung perkara tersebut disentuh oleh pensyarahnya ketika belajar dulu. Dia turut mengingatkan kepada netizen untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsi benda mitos sedemikian.
Jangan terima bulat-bulat
Makan ikut piramid makanan dengan teratur
Abaikan carta diet makanan berdasarkan darah yang viral
Bukan dari mana-mana buku teks perubatan dan nutrisi
Seorang lagi pakar, Dr. Beni Rusani yang aktif menentang mitos perubatan juga menafikan diet sedemikian. Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana buku teks perubatan dan nutrisi. Dakwaan berkenaan dibuat tanpa bukti saintifik.
Dr. Beni juga menegaskan sesiapa sahaja boleh makan apa sahaja jenis sayur tanpa mengikut jenis darah seperti didakwa netizen berkenaan.
Sumber: Shah Al Muslim , Dr Beni Rusani