berita

Penonton Merungut Episod Akhir Ariana Rose Kurang Menarik

February 14th, 2014 | by Ai
Kini Trending

BgWuANLCQAE7m83.jpg_large

Setelah bersiaran sebanyak 28 episod, akhirnya drama bersiri popular Ariana Rose telahpun melabuhkan tirainya semalam.

Drama adaptasi novel yang dibintangi ramai pelakon berbakat seperti Nur Fathia, Keith Foo, Nabila Suhaimi, Arja Lee dan Hisyam Hamid itu telah menarik 2.7 juta penonton setiap kali ia bersiaran.

Walaupun keseluruhan jalan ceritanya berjaya membuatkan penonton terbuai-buai dengan kemanisan cinta antara Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose, namun ternyata ramai menjangkakan sesuatu yang lebih menarik sebagai penutup.

Screen Shot 2014-02-13 at 21.53.20

Jika melihat kepada respon peminat di laman sosial, episod akhir Ariana Rose mendapat kritikan daripada pembaca-pembaca tegar novel The Wedding Breaker.

Kebanyakan penonton mempersoalkan anak-anak Adam dan Ariana yang tidak ditonjolkan, termasuklah watak Harith yang dibiarkan tergantung tanpa mengetahui perkara sebenar.

Malah konflik antara ibu serta adik beradik tiri Ariana dengan ayahnya juga tidak dirungkaikan dengan baik menyebabkan penonton tertanya-tanya sama ada mereka sudah insaf atau masih berperangai buruk.

Screen Shot 2014-02-13 at 21.57.19

Sementara di laman Facebook Ariana Rose juga penonton menyatakan pendapat mereka mengenai babak-babak terakhir drama tersebut yang dikatakan bosan kerana pengarah menyelitkan adegan perselisihan faham Adam dan Ariana secara berlebihan.

Bagaimanapun kritikan yang diterima tidak bermakna drama berkenaan tidak bagus, sebaliknya ia dianggap sebagai kayu pengukur untuk menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang.

Apa yang penting, Ariana Rose telah mencipta fenomena yang tersendiri apabila berjaya menduduki carta trending nombor satu dan menjadi topik bualan hangat di Twitter semalam.

Bagi yang terlepas mengikuti perjalanan drama ini, jangan risau kerana anda boleh menontonnya semula di Tonton. Tetapi sementara itu, apa kata anda layan dulu klip episod akhir Ariana Rose di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×