Anggota kumpulan Floor 88 yang juga pemain keyboard, Eric Fuzi tampil menafikan dakwaan dia sering menukar teman wanita di setiap majlis yang dihadiri olehnya.
Artikel Berkaitan: Ayie Floor 88 ‘Pejam Mata’ Bayar Harga Tiket Mahal Pulang Ke Sabah
Artikel Berkaitan: Disihir & Ditipu Kakitangan Sendiri, Ayie Floor 88 Ambil Keputusan Tutup Perniagaan – ‘Pelanggan Tak Nampak Kafe Kami’
Saya bukan hot
Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Eric sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan bahawa dirinya seorang ‘playboy’. Ujar Eric, dakwaan netizen sememangnya salah kerana semua wanita yang keluar bersamanya itu adalah kenalan rapat, rakan sekerja dan juga pelajar yang menjalani latihan industri (praktikal).
Saya nafi dakwaan tersebut. Biasanya yang selalu ikut saya tu budak praktikal. Saya ada tiga orang budak praktikal. Saya bawa mereka ke majlis sebab nak beri pendedahan. Ada kalanya saya bawa kawan baik dan kawan dalam industri.
Saya tak faham kenapa orang nak kaitkan saya dengan orang itu ini dan cakap saya ‘playboy’. Saya bukan hot atau hero remaja. Satu lagi saya tak ada ramai kawan artis lelaki. Budak Floor 88 tak suka pergi event. Saya pula suka. Saya suka tengok konsert dan pergi mana-mana majlis yang dijemput.
Disoal sama ada sedang mengenali seseorang ataupun tidak pada masa ini, Eric mengakui bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang wanita yang baru berkecimpung dalam industri seni.
Saya tak tahu nak cakap macam mana. Ya, saya sedang mengenali seorang wanita. Saya baru kenal dia sebelum bulan Ramadan. Kami kenal waktu bekerja. Dia baru berjinak dalam industri seni dan merupakan pendatang baru. Kami baru di fasa awal. Saya cerita ini pun mungkin dia tak tahu pasal dia.
Berbicara lebih lanjut, Eric memberitahu bahawa wanita tersebut memiliki ciri-ciri seorang yang berdikari.
Saya dah kenal dengan ramai orang. Saya trauma dengan kisah sebelum ini. Wanita yang baru saya kenal ini dia seorang survivor. Saya tahu mengenai latar belakang dia. Susah senang dia. Orang-orang macam ni kontra dengan orang yang saya jumpa sebelum ini. Sebelum ini orang itu dah memang hidup selesa dan enjoy.
Wanita ini pula suka bekerja dan cari duit untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau ikutkan tahun ini saya dah kahwin. Tapi hujung-hujung tak jadi. Jadi saya harap hubungan yang baru ini akan ke fasa seterusnya.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai layu raya Floor 88 yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini. Jelas Eric, lagu raya itu sudah siap sepenuhnya. Namun, mereka tidak sempat menyiapkan muzik video (MV) lagu tersebut.
Jadual kami sangat padat. Bila kami susun jadual nak shoot muzik video, macam-macam jadi tak boleh nak elak. Jadi, kami terpaksa batalkan hasrat tersebut. Masa pula semakin suntuk. Oleh sebab itu, kami bawa lagu ini ke tahun hadapan. Lagi satu lagi ini tiada kaitan dengan apa-apa isu atau membabitkan rakan duet mereka iaitu Baby Shima.
Kalau peminat tahu, kami jarang keluarkan lagu tanpa muzik video. Sebab konsep yang kami selalu bawa berbentuk penceritaan. Kalau visual tak siap, kami tak akan bawa keluar.