berita

Foto Erma Fatima Beraya Bersama Madu. Inilah Erti Pengorbanan Sebenar!

October 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-06 at 10.14.39 PM

Huarghh..terharu rasa hati kami tatkala melihat foto-foto dari laman Instagram pengarah terkenal, Erma Fatima. Iyalah, tahun ini Erma menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga mertuanya tau.

Paling memeranjatkan apabila kami melihat gambar madunya yang turut ada menyambut hari yang mulia ini. Wah! Sejuk mata memandang apabila kami lihat kegembiraan mereka sekeluarga.

Kalau korang nak tahu, Erma turut memberi gelaran beautiful sister pada madunya. Hmm, inilah erti pengorbanan sebenar bagi Erma. Setuju tak?

Screen Shot 2014-10-06 at 10.12.47 PM Screen Shot 2014-10-06 at 10.12.59 PM

Maka, lenyaplah desas-desus yang kononnya Erma dan Bade ingin bercerai. Hah! Dah terang lagi bersuluh bahawa mereka kini sedang bahagia. Takkan tak nampak lagi kot. Hehe.

Bila dah tengok foto, tak sah kalau tak intai sikit ruangan komen tu. Kami lihat rata-rata pengikut Erma menyokong tindakannya.

Malah, siap ada yang meminta nasihat bagaimana untuk menjadi setabah wanita ini yang secara tulus menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Screen Shot 2014-10-06 at 10.13.20 PM

Pada kami, baguslah begini. Sekurang-kurangnya, masyarakat dapat menghentikan berita yang tak benar dan Erma sekeluarga lebih bahagia!

Apapun, kami doakan Erma, Bade dan Aida akan terus dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang tak putus-putus. Tahniah kami ucapkan ya!

Kredit Foto : Instagram Erma Fatima

SKIP THIS AD ×