Pelakon dan penerbit, Erma Fatima meluahkan rasa kesal terhadap pihak editor media tempatan kerana menggunakan tajuk berita yang kurang sesuai.
Artikel Berkaitan: ‘Bapa Ayam’ Didakwa Selamba Promosi Aktiviti Pelacuran Di Platform X, Netizen Gesa Polis Ambil Tindakan Segera
Artikel Berkaitan: ‘Hot Daddy’ & Dua Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Buat Iklan Persundalan
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kesal Program Islamik Tidak Dihargai – ‘Di Mana Orang Islam Di Malaysia Agaknya…’
Luah rasa kecewa
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuat naik potongan akhbar yang bertajuk ‘6 ‘pelakon’ wanita bersama ‘Hot Daddy’ dituduh hari ini’.
Pengarah berusia 54 tahun itu berasa kurang senang dengan penggunaan perkataan ‘pelakon’ pada tajuk akhbar berita tersebut.
Menurut Erma, perkataan ‘pelakon’ tidak seharusnya digunakan pada tajuk berita berkenaan kerana seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap anak seni.
Kalau setakat berlakon jadi extra harap janganlah hendaknya guna tittle pelakon tu ya. Kesian industri kami.
Rakan artis setuju
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan juga warganet menyokong kenyataan Erma berikutan tajuk berita tersebut boleh menimbulkan tanggapan buruk terhadap industri hiburan.
Untuk info, sebelum ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: IG Erma Fatimah